
FBS kini 16 tahun
25 Jun 2025
Asas
The Sandbox ialah dunia permainan maya yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2018 oleh pembangunnya iaitu Pixowl. Setelah mempunyai pengalaman yang agak berjaya dengan versi mudah alih The Sandbox pada tahun-tahun sebelumnya, syarikat tersebut memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk mengembangkan jangkauan produknya kepada khalayak yang lebih besar.
Walau bagaimanapun, penghijrahan ke platform lain agak mencabar bagi mana-mana pembangun perisian permainan, terutamanya jika ada perisian permainan popular dengan genre yang sama yang berada dalam niche tersebut. Itulah sebabnya para pembangun perisian kontemporari mesti mencari cara baharu untuk menarik khalayak. Ada yang menawarkan mod kerjasama lanjutan; yang lain pula memberi tumpuan kepada memberikan pemain wadah untuk menyerlahkan kreativiti mereka.
Walau bagaimanapun, The Sandbox menggabungkan kedua-dua perkara ini dan membolehkan para penggunanya menjana wang. Mungkin anda tertanya, “Bagaimana ia berfungsi?” Mari kita lihat.
The Sandbox ialah dunia permainan maya yang dibina pada platform blockchain Ethereum yang terdiri daripada plot tanah maya yang tidak terkira banyaknya. Ia adalah NFT yang boleh disuaikan oleh para pemain dalam apa sahaja cara yang mereka mahukan. Pengguna boleh membeli, menjual atau menyewa plot-plot ini dan juga menggunakannya untuk membina pelbagai bangunan dan mencipta permainan tersuai yang baharu dan lain-lain kandungan janaan pengguna.
Pada terasnya, The Sandbox terdiri daripada tiga alatan utama:
Pengguna tidak memerlukan latar belakang pengekodan untuk melakukan ini, kerana platform ini menawarkan pelbagai alat skrip visual yang mesra pengguna.
Poin jualan utama The Sandbox ialah betapa ia membolehkan pemain menyesuaikan sepenuhnya pengalaman mereka dalam permainan ini. Walaupun permainan ini pada permukaan kelihatan seperti dunia maya yang besar, ia menyediakan para pemain dengan semua alatan yang diperlukan untuk mengisinya dengan apa sahaja yang mereka mahu, sama ada bangunan, haiwan, atau permainan 3D yang lengkap.
Tahap penyesuaian ini membolehkan para pemain memanfaatkan permainan sepenuhnya tanpa sebarang sekatan. Selepas membeli atau menyewa plot tanah, pemain boleh menyesuaikannya mengikut kehendak dan kemampuan mereka. Di samping itu, pemain juga boleh melawat plot tanah orang lain dan berinteraksi dengan ciptaan-ciptaan (atau Aset) yang berbeza, dan mencari inspirasi untuk projek mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, apa yang menjadikan The Sandbox berbeza daripada metaverse yang lain ialah, di sini, kreativiti diberikan ganjaran. Para pemain boleh memperolehi token kripto dengan menjual Aset mereka di Marketplace, menjana pendapatan melalui permainan mereka atau menyewakan plot tanah mereka kepada pemain-pemain yang lain. Dan kini anda akan belajar bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui The Sandbox.
Metaverse The Sandbox adalah berdasarkan blockchain Ethereum, yang bermaksud para pemain boleh mendaftarkan setiap Aset yang mereka cipta dalam ekosistem permainan ini pada blockchain dan melindunginya daripada penyalinan.
Perintegrasian blockchain juga membolehkan The Sandbox melaksanakan ekonomi dalam permainan yang inovatif yang akan membolehkan para pemain mendapatkan wang. Untuk menyokong ekonomi yang unik ini, permainan ini menggunakan tiga jenis Token Tidak Sepiawai:
Seperti yang anda lihat, The Sandbox menawarkan sistem kewangan yang kompleks yang menggalakkan para pemain untuk benar-benar terlibat dengan platform dan komuniti tersebut untuk mencipta pengalaman permainan yang lebih baik.
The Sandbox bukanlah metaverse pertama yang mengintegrasikan matawang kripto ke dalam dunia mayanya. Contoh paling ketara bagi matawang kripto tersebut termasuk:
Walau bagaimanapun, cara The Sandbox berfungsi berbeza berbanding semua platform ini. Ia dibina seperti permainan, dan matlamat utama platform tersebut adalah untuk menyediakan para pemainnya dengan hiburan dan saluran kreatif. Aspek matawang kripto membantu untuk menggalakkan para pemain untuk meneruskan pembangunan dunia maya dan menghubungkan permainan tersebut kepada realiti, yang meningkatkan pengalaman realiti maya.
Dalam The Sandbox, terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan wang:
Seperti yang anda lihat, The Sandbox menawarkan cara-cara yang lebih terperinci untuk mendapatkan wang melalui hiburan dan menggalakkan para pengguna untuk terus bermain permainan tersebut.
Pada masa ini, The Sandbox sedang menumpukan untuk mengembangkan pangkalan penggunanya.
Metaverse The Sandbox telah pun bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal, seperti Hell's Kitchen, Snoop Dogg, Adidas, Atari, dan beberapa rakan kongsi yang berpotensi (termasuk Forbes) dijangka berkembang dalam masa terdekat. Tindakan ini membolehkan para pencipta untuk menyebarkan kesedaran tentang permainan tersebut di kalangan orang awam dan menarik pengguna-pengguna yang baharu. Lebih ramai pemain yang mengambil bahagian dalam permainan tersebut, semakin tinggi harga koin SAND naik, yang menjadikan ia lebih menguntungkan bagi para pemain untuk terus bermain permainan tersebut.
Strategi lain yang digunakan oleh platform ini ialah kerjasama dengan negara-negara lain. Sebenarnya, pembangun merancang untuk mengembangkan jangkauan mereka ke Jerman selepas pemerolehan Sviper GmbH, sebuah syarikat pembangunan permainan peringkat senior. Pada masa yang sama, terdapat pelan untuk menjalin kerjasama dengan Arab Saudi.
Menjelang akhir tahun 2023, The Sandbox merancang untuk melancarkan DAO sendiri dan memulakan operasinya pada kapasiti penuh.
Jika metaverse The Sandbox berjaya, ia boleh mengubah cara bagaimana platform permainan dan perdagangan kripto berfungsi. Gabungan hiburan dan perdagangan boleh menarik lebih ramai orang untuk berdagang matawang kripto, terutamanya mereka yang tidak pernah terfikir untuk melakukannya sebelum ini, dan mempopularkannya di kalangan masyarakat umum. Dan jika bilangan pedagang/pemain kripto meningkat secara mendadak, ia boleh mengubah pasaran kripto sepenuhnya. Itulah sebabnya mengikuti kemas kini tentang metaverse The Sandbox boleh membantu anda menyesuaikan diri dengan perubahan yang boleh berlaku.
Dalam masa yang sama, adalah penting untuk diingat bahawa metaverse baharu ini hanya mula meluaskan jangkauannya kepada khalayak yang lebih besar. Walaupun koin SAND telah pun diintegrasikan ke dalam platform perdagangan kripto, harganya masih tidak stabil. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan permainan, permodalan koin terkemuka, Sand, juga mungkin berkembang.
Pelaburan dalam The Sandbox adalah seperti melabur dalam projek usaha niaga yang besar. Oleh itu, anda mesti menjawab soalan: "Adakah anda percaya bahawa metaverse akan terus meningkat?" Jika ya, maka The Sandbox ialah pilihan yang baik untuk membeli. Tetapi jika anda masih tidak pasti, anda sentiasa boleh bergantung pada perdagangan tradisional untuk memberikan anda banyak peluang untuk menjana keuntungan yang besar.
Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.