Death Note menunjukkan kepada kita bahawa terlalu yakin boleh memusnahkan waima rancangan yang paling sempurna
Wira utama anime ini adalah seorang pelajar yang luar biasa: dia cemerlang dalam setiap mata pelajaran, mendapat gred tertinggi, mencatat rekod-rekod baru di sekolah dan menghabiskan masa lapangnya dengan belajar. Dia bijak dalam hampir semua perkara, tetapi apabila tiba masa untuk memenuhi rancangannya, keyakinan diri yang melampau membuatkan dia bertindak dengan melulu.
Ini sesuatu yang dihadapi oleh ramai trader setiap hari. Mereka menyediakan pelan yang sempurna, tetapi apabila mereka mula trade, ego mengatasi akal sihat mereka dan mereka menghanyut jauh dari strategi awal.
Apa yang anda boleh pelajari daripada Death Note adalah bahawa anda tidak boleh membiarkan ego anda menjauhkan anda daripada rancangan anda, atau semua yang anda usahakan mungkin akan runtuh.
One Punch Man mengajar kita bahawa latihan membawa kepada kesempurnaan
Kadang-kadang perkara terbaik yang boleh anda lakukan dengan hidup anda adalah sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang lain. Wira utama anime ini adalah seorang lelaki yang sudah jelak dengan kehidupannya yang membosankan dan memutuskan untuk berhenti kerja untuk menjadi seorang wira. Bukan sahaja dia merealisasikan impiannya, tetapi proses itu mengubahnya menjadi wira yang terkuat, mampu mengalahkan mana-mana musuh dengan hanya satu tumbukan.
Tetapi dia tidak mempunyai sebarang "superpowers". Apabila dia ditanya bagaimana dia menjadi begitu kuat, dia hanya menjawab "100 push-up, 100 sit-up, 100 squat, dan berlari 10km setiap hari." Tiada rahsia khas, tiada labah-labah radioaktif, tiada meteor, hanya rutin harian biasa - itulah yang membuatkan anda berjaya.