FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

23 Jun 2025

Psikologi

Jurnal Perdagangan – Selok-belok

Jurnal Perdagangan – Selok-belok

Ketika berfikir tentang menulis jurnal, anda mungkin membayangkan seorang gadis berusia dua belas tahun menggigit hujung penanya sambil menerangkan tentang si pujaan hati pertamanya, atau seorang anak muda berhati lembut yang menyembunyikan perasaan serta menulis fikirannya di atas kertas dan kemudian meremukkannya. Walau apa pun jua, konotasinya langsung tidak menggambarkan kedewasaan. Benarkah?

Penulisan jurnal perdagangan merupakan satu perkara yang sangat berguna. Ia merupakan ruang anda untuk merekodkan aktiviti perdagangan serta pemikiran, sebelum dan selepas urus niaga. Ia juga ialah alat yang terbukti berkesan dalam penilaian kendiri, disiplin dan perancangan. Trader yang berjaya tidak berasa malu apabila bercakap tentang jurnal perdagangan mereka. Sebaliknya, mereka berbangga dengan betapa mudahnya mereka berjaya meningkatkan prestasi melalui penguasaan emosi, penggunaan metrik mudah serta mengikuti pelan perdagangan secara tepat.

Kenapa perlu buat jurnal?

Sejujurnya, menulis jurnal memerlukan banyak masa dan usaha. Ketika baru bermula, manfaatnya mungkin tidak dapat dilihat dengan segera. Walaupun begitu, setelah dua atau tiga minggu, anda akan mula menikmati hasil pertama dan gembira kerana melakukannya.

Anda mungkin tertanya-tanya, "Kenapa saya perlu membuat jurnal? Sebelum ini saya okey saja, rugi duit di sana sini, tetapi semua orang pernah rugi!"

Itu soalan yang baik dan saya ada jawapan yang pantas serta mudah: jurnal perdagangan akan mendisiplinkan anda, mengajar anda untuk tidak tunduk kepada emosi, mengikuti pelan anda dan membuatkan strategi anda berfungsi. Lama kelamaan, kerugian anda akan menjadi lebih terkawal dan tidak dijangka. Trend pasaran pula menjadi lebih mudah difahami dan diramalkan.

Trading Journal

Ingat - W-R-I-T-E!

W – Write atau Tulis apa sahaja yang anda mahu. Anda boleh memilih untuk menulis sebarang maklumat, pemikiran atau emosi yang mungkin akan berguna nanti untuk diri anda sendiri. Tiada garis panduan yang ketat untuk penulisan jurnal. Kemudian dalam artikel ini, saya akan berikan beberapa nasihat pakar tentang perkara yang perlu trader dokumenkan dalam jurnal mereka.

R – Review atau Semak semula keputusan yang baik dan buruk. Penting untuk tidak menumpukan perhatian hanya pada kegagalan anda. Urusniaga yang menguntungkan juga penting untuk didokumenkan secara terperinci kerana ia merupakan matlamat anda.

I – Lihat dan teliti pedagang yang berjaya. Anda perlu tahu corak biasa yang boleh menghasilkan perdagangan yang menguntungkan. Cara yang paling mudah untuk menerokanya adalah dengan mengikuti dan meniru pedagang terbaik. Anda boleh melakukan ini dengan FBS melalui aplikasi CopyTrade kami, yang juga merupakan komuniti pedagang dengan corak pemikiran yang sama!

T – Take atau Ambil tangkapan skrin carta. Tiada yang lebih deskriptif daripada imej sebenar pergerakan harga. Jangan teragak-agak untuk menyimpan carta berserta ulasan mengenai perkara yang anda lihat dan perubahan pasaran dalam masa terdekat.

E – Explore atau Terokai emosi anda. Ia merupakan musuh terburuk dan juga satu-satunya senjata anda. Percaya dan kawal emosi! Apabila anda melihatnya digambarkan pada sekeping kertas, ia tidaklah kelihatan sekuat dan sedramatik seperti semasa perdagangan. Sedikit demi sedikit, anda akan belajar mendorong perasaan ke arah kemenangan.

Perkara yang perlu dicatat dalam jurnal

Adakah anda rasa termotivasi untuk bermula? Inilah masanya untuk anda mula mengisi halaman kosong anda. Saya telah sediakan senarai perkara yang anda mungkin mahu catatkan dalam jurnal perdagangan pertama anda.

1. Suasana pasaran

Pertama, tentukan cara anda merangka pasaran secara umum dan identiti anda sebagai seorang trader. Anda boleh melengkapkan kuiz pendek dan mengira peluang anda dalam perdagangan Forex.

Pasaran kewangan bukanlah tempat untuk berehat, ia lebih kepada tempat yang ‘tenang sebelum datangnya ribut’. Walau bagaimanapun, ia mempunyai peraturan dan corak tingkah laku yang boleh anda terokai, urus dan kaitkan pada strategi anda.

Periksa faktor-faktor yang boleh mempengaruhi trend pasaran hari ini dan catatkan faktor-faktor yang paling penting. Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan, gunakan signal perdagangan, kursus pengajian untuk pemula dan pedagang berpengalaman serta analisis pasaran.

Dengan pengalaman dan perasaan yang kompleks terhadap pasaran, anda akan membina keyakinan yang akan membantu anda berasa seperti raja dunia apabila menang serta mampu menangani kerugian dengan bermaruah.

2. Keadaan mental anda

Catatkan perasaan anda sebelum berdagang. Rasa gembira atau cemas pada mulanya mungkin penting bagi tingkah laku, tumpuan serta keupayaan anda untuk bertindak balas dengan pantas. Sesetengah perdagangan agak tidak beremosi, sementara yang lain membuatkan anda bimbang dan berharap ia akan baik-baik saja. Perasaan anda ketika berdagang adalah penting dan tidak boleh diabaikan.

Amalan ini membolehkan anda menerima pemikiran anda serta pencetus emosi di sebalik setiap dagangan yang anda lakukan. Ia memberi anda gambaran tentang keadaan fikiran yang harus anda elakkan, melatih anda untuk mengendalikan tekanan serta membantu anda memanfaatkan kekuatan yang dimiliki.

Bila anda sudah mengenali dan memahami tingkah laku anda, dagangan yang anda tutup mendapat boost yang ia perlukan!

Your mental state

3. Senario dagangan

Saya tidak mahu menjadi perosak suasana tetapi saya akan jadi juga. Perdagangan bukanlah sebuah perjalanan perjudian yang menyeronokkan. Jika anda masih menganggapnya sedemikian, berhenti sebelum terlambat dan akaun bank anda akan masih mempunyai SIFAR-SIFAR yang cantik.

Ada banyak jalan yang boleh membawa anda kepada kejayaan dalam dunia perdagangan, tetapi sesetengah metrik menjadikan pasaran dan tingkah laku anda lebih terancang dan berstruktur.

Untuk meringkaskan semua maklumat yang disebutkan, berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda gunakan dalam jurnal anda. Contoh ini tidak menggunakan harga dan pengiraan pasaran sebenar.

Tarikh: 26 September

Instrumen perdagangan: EURUSD

Rangka masa:15 minit

Masuk: 1.09445 10:48

Keluar: 1.09017 12:48

Saiz posisi: 3

Baki ketika masuk: £20,000

Baki ketika keluar: £21,035

Untung/rugi: +£1035

Tangkapan skrin:

Tangkapan skrin titik masuk dengan penjelasan tepat mengapa anda mula berdagang pada titik tertentu ini dan tempat anda meletakkan garis renti-rugi. Tangkapan skrin carta anda di titik keluar tidak kurang pentingnya, kerana ia akan menunjukkan kepada anda apa yang berlaku selepas anda meninggalkan urus niaga. Anda kemudian boleh menganalisis sama ada ia adalah pilihan keluar terbaik atau tidak.

Analisis fundamental

Tuliskan beberapa ayat tentang sebarang peristiwa atau berita yang telah mempengaruhi keputusan anda untuk berdagang.

Analisis Teknikal

Jelaskan mengapa anda mulakan urus niaga berdasarkan kepada analisis carta anda.

Set minda

Catatkan perasaan anda. Analisakan jika emosi anda neutral, atau jika anda rasa stres, gemuruh dan marah.

Pelan perdagangan

Pada ketika ini, anda harus menilai sama ada anda mengikuti pelan dan melakukan tindakan yang ditetapkan oleh sistem perdagangan anda, atau dipimpin oleh beberapa faktor lain atau keadaan emosi anda. Bersikap jujur!

Kesimpulan dan analisis

Jangan langkau bahagian ini! Semua langkah sebelumnya membawa kepada langkah ini. Renungkan semua keputusan yang betul, kegagalan dan situasi pasaran anda. Tidak lama lagi, anda akan menjangkakan corak keadaan yang baik, yang membawa kepada hasil terbaik untuk anda. Selain itu, anda akan lebih terlibat dengan perdagangan anda - peminat jurnal yang konsisten dan berdisiplin.

Mula catat jurnal hari ini juga!

Start journaling today

Gunakan peluang anda untuk melabur dalam pembangunan diri dan peningkatan prestasi. Bunyinya rumit tetapi 100% berbaloi!

Dalam jurnal anda, tiada siapa yang akan memberitahu anda tentang perkara, cara atau masa untuk menulis. Anda boleh menjadi diri sendiri - pemula kendiri yang berdikari dengan motivasi yang luar biasa serta dorongan tanpa syarat untuk menimba ilmu.

Dengan jurnal anda, tidak lama lagi anda akan belajar untuk menjadi trader yang berdisiplin yang mengikuti pelan dengan ketepatan seperti robot, meramalkan hasil turun naik pasaran dengan tepat serta merekodkan jalan menuju kejayaan mereka dalam diari profesional seperti yang dilakukan oleh semua trader pro yang berjaya.

Ini bukanlah sanjungan semata-mata; inilah hakikatnya: anda seorang pedagang yang cermat dan teliti. Dengan FBS di sisi, anda tidak akan dapat dihalang.

Biarkan lengkung pembelajaran anda menjadi produktif!

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.