FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

20 Jun 2025

Kisah trader

Kisah Lelaki 80 Tahun Yang Menjana Berbilion Ringgit Dengan Cara Yang Paling Santai

Kisah kejayaan seorang billionaire biasanya bermula dengan seorang lelaki yang berpendidikan, bercita-cita tinggi dan berani, serta memiliki karisma dan kepintaran luar biasa dalam membuat keputusan pelaburan yang mengubah hidup. Dr. Herbert Wertheim tidak memiliki semua ciri tersebut… sehinggalah dia meraih bilion pertamanya. Apakah rahsianya?

Kisah Lelaki 80 Tahun Yang Menjana Berbilion Ringgit Dengan Cara Yang Paling Santai

Anak Kecil yang Dipandang Rendah

Anak Kecil yang Dipandang Rendah

Herbie Wertheim dilahirkan di Philadelphia pada tahun 1939. Ibu bapanya, pendatang Yahudi, telah berpindah ke Florida sejurus selepas Perang Dunia Kedua dan menguruskan sebuah kedai roti kecil. Herbie menghadapi masalah di sekolah: dia mengalami disleksia dan mula ponteng kelas untuk bergaul dengan budak-budak nakal di kawasannya. Pada usia 16 tahun, dia dihadapkan ke hadapan seorang hakim atas tuduhan ponteng sekolah. Dia diberi pilihan yang sukar: Tentera Laut A.S. atau sekolah pemulihan akhlak. Herbie memilih Tentera Laut. Detik inilah yang mungkin mengubah haluan hidupnya.

Jalan Berliku Menuju Kejayaan

Jalan Berliku Menuju Kejayaan

Penyertaannya dalam Tentera Laut telah mengubah seorang budak lelaki “bodoh” yang pernah mengalami penderaan di sekolah dan keluarga menjadi seorang pemuda yang berkeyakinan tinggi dan bercita-cita besar. Tiba-tiba, dia menjadi seorang yang sangat bijak, dan mula belajar kimia, fizik dan mekanik. Ketika berada dalam Tentera Laut jugalah, dia mula terfikir untuk melabur wang buat kali pertama. Perang Dingin sedang memuncak, dan saham aeroangkasa Amerika semakin melonjak naik. Wertheim menggunakan wang saku Tentera Lautnya untuk membeli stok di Lear Jet, dan di sinilah segalanya bermula untuknya.

Selepas meninggalkan Tentera Laut, Herbie bekerja sebagai jurujual sementara dia memikirkan perkara yang perlu dilakukan seterusnya. Pada tahun 1963, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang optometri dan membuka klinik swasta yang diusahakannya selama 12 tahun berikutnya. Dia mencipta bahan peneutral kimia untuk cermin mata yang mampu mengembalikan kanta berwarna kepada keadaan asal yang jelas – dan ciptaan inilah yang menjadikannya kaya. Atau, hampir kaya.

Memasuki Pelaburan Besar

Memasuki Pelaburan Besar

Wertheim mengasaskan Brain Power Inc. untuk menjana pendapatan daripada eksperimen berterusannya dalam membangunkan produk penjagaan mata. Akhirnya, dia menjual produknya kepada Bausch & Lomb, Zeiss dan Polaroid. Lama kelamaan, syarikat itu mula memberikan pulangan yang lumayan kepada Herbert, tetapi jika dia berhenti setakat itu, kisah hidupnya takkan sehebat ini.

BPI tidak begitu besar – pada dasarnya, Herbert tidak pernah mahu menjalankan perniagaan berskala gergasi. Dia hanya ingin memilik wang yang cukup untuk dilaburkan, dan BPI memenuhi keperluan tersebut dengan baik. Herbert menggunakan wang hasil paten miliknya untuk melabur dalam industri yang sudah sebati dengannya – teknologi, kimia, penerbangan, dll. Dari dahulunya seorang yang terpinggir, kini dia menjadi individu yang membeli saham Apple, IBM, 3M, Microsoft dan Intel jauh lebih awal sebelum orang lain sedar bahawa semuanya itu merupakan pelaburan yang sangat menguntungkan. Akhirnya, pelaburan ini menyumbang kepadanya kekayaan sebanyak $2.3 bilion.

Pengajaran Berharga

Pengajaran Berharga

Jadi, bagaimana dia memilih syarikat untuk melabur? Apakah peraturan dan prinsip yang digunakannya? Berikut adalah sebahagian daripadanya.

  • Melabur dalam sesuatu yang anda percayai

Jika anda percaya kepada harta intelek syarikat, iaitu jika anda benar-benar berfikir ia menjual produk yang baik, anda perlu kekal setia pada pilihan anda walaupun nilainya kelihatan menurun. “Jika anda menyukai sesuatu pada harga $13 sesaham, anda harus menyukainya pada harga $12, $11 atau $10 sesaham,” – katanya. Gandakan pelaburan anda dan tunggu. Penurunan ini hanya akan menjadikannya lebih menguntungkan dari semasa ke semasa.

  • Melabur dalam sesuatu yang anda fahami

Sebagai contoh, Dr. Wertheim faham bagaimana paten berfungsi dan membuat pelaburan yang baik hanya berdasarkan portfolio paten syarikat yang mengagumkan. Sekiranya terdapat industri yang anda benar-benar fahami (atau matawang dengan dinamik yang anda fahami dengan jelas), ia boleh menjadi sumber pelaburan yang bijak untuk menjana keuntungan daripada kepakaran anda.

  • Raih lebih banyak

Kuasa pengkompaunan itulah yang menjadikan Wertheim kaya. Portfolio pelaburannya sangat pelbagai, dan beliau juga terlibat dalam pelbagai perniagaan serta projek lain. Walaupun anda mungkin tidak akan membuat pelaburan impian dengan pulangan yang sangat lumayan, anda masih boleh membuat beberapa pelaburan dengan pulangan sederhana dan tetap meraih keuntungan.

Kesimpulan

Herbert Wertheim mengatakan bahawa dia memulakan semuanya kerana dia hanya mahu mempunyai lebih banyak masa lapang, dan “memiliki masa adalah perkara yang paling berharga”. Apakah motivasi anda?

Carilah peluang pelaburan di sekeliling anda– mungkin anda boleh mengejutkan semua orang seperti yang dilakukan oleh Herbie.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.