FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

29 Mei 2025

Strategi

Melabur Dengan Sukses Dalam Logam Berharga

Melabur Dengan Sukses Dalam Logam Berharga

Sejak zaman dahulu lagi, logam berharga seperti emas, platinum, dan perak telah menjadi sumber kestabilan kewangan, terutamanya pada era-era yang tidak menentu. Peperangan bermula dan berakhir, berkurun-kurun telah berlalu, tetapi logam kekal menjadi aset perlindungan terbaik untuk pelaburan. Mengapa ia begitu penting sekali untuk para pelabur? Jom kita selidik.

Melabur dalam emas (XAU)

Apabila anda merancang untuk melabur dalam emas, jangan bayangkan anda akan membeli atau menjual sekeping bar emas fizikal. Sebaliknya, anda akan beroperasi dengan harga spot emas. Harga ini boleh turun dan naik, didorong oleh pelbagai faktor dan mencerminkan perubahan global merentasi seluruh pasaran. Jom kita kupas sebab-sebab emas adalah pilihan yang bagus untuk strategi pelaburan anda.

Logam kuning ini telah memainkan peranan yang penting dalam pasaran kewangan sejak sekian lama. Pada zaman dahulu, ia dijadikan sandaran bagi matawang fiat. Pada era standard emas, wang kertas perlu disokong dengan sejumlah emas yang sama dalam rizab sesebuah negara.

Melabur dalam emas (XAU)

Dari 1980-an hingga awal 2000-an, minat terhadap logam berharga ini sangat rendah disebabkan oleh kenaikan saham dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan stabil. Harga emas sepanjang tempoh itu antara kira-kira $300 dan $500. Minat terhadap emas meningkat selepas krisis kewangan tahun 2008. Harganya juga mencecah $1907 pada bulan Ogos 2011. Ekonomi AS yang semakin memulih serta kenaikan kadar Fed telah melemahkan emas sejak 2013, tetapi logam berharga itu terus menarik minat pelabur.

Mengapa pelabur memilih emas?

  • Ia adalah aset selamat yang kekal stabil pada waktu yang tidak menentu, termasuk ketika pasaran pelaburan merudum, hutang negara sangat tinggi, matawang lemah, inflasi tinggi, perang, dan kekacauan sosial.

  • Sejarah standard emas menjadikan emas berkelakuan lebih seperti matawang berbanding komoditi.

  • Emas bertindak sebagai subjek spekulasi.

  • Emas bersifat universal: ia tahan lama, mudah alih, dan diterima secara meluas.

Faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas

Tidak seperti matawang utama, emas tidak disokong oleh prestasi pasaran buruh, pengeluaran, dan infrastruktur. Ia setanding dengan aset lain seperti minyak atau jagung kerana semuanya mempunyai ciri-ciri fizikal. Walau bagaimanapun, tindak tanduk harga emas biasanya bebas daripada bekalan dan permintaan industrinya.

Berikut adalah pendorong harga emas yang paling penting:

  1. Rizab bank pusat. Bank-bank pusat meyimpan logam kuning dalam rizab mereka untuk kepelbagaian. Emas juga boleh digunakan untuk membiayai kecairan kecemasan atau campur tangan matawang. Di samping itu, bank pusat turut memberi perhatian pada situasi ekonomi sesebuah negara apabila membuat keputusan untuk membeli atau menjual emas. Sebagai contoh, jika bank pusat memutuskan untuk mempelbagaikan rizab monetari mereka, harga emas meningkat.

  2. Penghindaran risiko. Sentimen dalam pasaran ekuiti juga memainkan peranan penting dalam harga logam kuning. Jika dinamik risk-off meningkat, pelabur cenderung menjual saham mereka dan beralih kepada emas yang lebih selamat dan stabil.

  3. Kadar faedah bank pusat. Ini adalah faktor sejarah yang mempengaruhi harga emas. Apabila kadar faedah sebenar ditetapkan pada satu paras yang rendah, pelaburan alternatif boleh memberikan pulangan yang rendah atau negatif, mendorong pelabur mengalihkan perhatian mereka kepada emas. Jika kadar faedah tinggi, daya tarikan pelaburan aset selamat menurun.

  4. Dinamik USD. Oleh kerana harga emas disebut dalam dolar AS, terdapat korelasi songsang yang besar: iaitu, ia bergerak dalam arah yang bertentangan. Jika pelabur menjual greenback di pasaran, emas akan tampak lebih menarik, dan natijahnya, ia akan menjadi lebih mahal. Sebaliknya, jika USD menguat, harga emas cenderung untuk jatuh. Walau bagaimanapun, anda harus tahu bahawa ini tidak berlaku dalam setiap kes. Ia lazimnya ciri masa krisis dan ketidakpastian yang besar dalam ekonomi.

  5. Indeks Harga Pengguna cenderung untuk terkorelasi secara langsung dengan perubahan harga emas. Jika inflasi tinggi, pelabur mencari aset yang lebih boleh dipercayai, jadi mereka memilih emas. Jika tidak, jika keadaan ekonomi baik, permintaan emas menurun dan aset menjadi lebih murah.

  6. Negara-negara pengeluar emas. Ketidakpastian politik di negara-negara pengeluar emas, serta sekatan yang dikenakan kepada mereka, boleh menjejaskan jumlah pengeluaran emas dan, oleh itu, meningkatkan harganya. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada dokumen rasmi yang diketahui yang boleh memberitahu tahap pengeluaran emas kepada pelabur, ini adalah faktor yang paling tidak informatif untuk pelaburan.

Melabur dalam perak (XAG)

Melabur dalam perak (XAG)

Perak adalah logam kedua paling popular dalam kalangan pelabur. Seperti saudara kuningnya, ia telah dianggap sebagai suatu matawang untuk satu tempoh yang lama. Sebagai contoh, paun British dipanggil "paun" kerana ia bersamaan dengan satu paun perak sterling. Kebanyakan faktor yang mempengaruhi harga perak serupa dengan faktor-faktor yang memberi kesan terhadap emas, dan dinamik harga kedua-dua aset juga serupa, kecuali terdapat sedikit perbezaan dalam aspek kemeruapan: kemeruapan harga perak lebih rendah berbanding emas.

Melabur dalam platinum (XPT)

Melabur dalam platinum (XPT)

Platinum adalah logam yang paling jarang digunakan untuk tujuan kewangan. Harganya lebih banyak ditentukan oleh permintaan industri dan proses perlombongan. Oleh kerana negara-negara yang mengeluarkan platinum tidak sebanyak negara yang mengeluarkan emas, kemeruapan platinum lebih tinggi berbanding mana-mana logam lain. Selain itu, ia cenderung untuk menerima impak yang lebih besar daripada ketidakpastian global berbanding logam-logam lain.

Melabur dalam tembaga (XCP)

Tembaga adalah logam merah lembut yang terhad bekalannya. Kita menggunakannya dalam paip, dawai elektrik, radiator kereta, dan banyak perkara asasi lain. Disebabkan oleh perindustrian dan elektrifikasi yang pantas, permintaan untuk tembaga telah meningkat secara besar-besaran.

Jika anda ingin melabur dalam tembaga, anda boleh berbuat demikian secara langsung atau tidak langsung. Dalam kes pertama, anda boleh membeli jongkong atau syiling tembaga dan memegangnya selagi harga tembaga menguat.

Anda juga boleh melabur dalam niaga hadapan tembaga. Pelabur boleh membeli atau menjual sejumlah tembaga pada tarikh tamat tempoh tertentu.

Dalam kes pelaburan tidak langsung, anda boleh membeli saham syarikat pengeluar tembaga, seperti BHP Group, Southern Copper, atau Freeport-McMoRan. Terdapat juga ETF tembaga yang menjejaki harga tembaga. Mereka boleh memegang jongkong tembaga, niaga hadapan tembaga, atau saham pelombong tembaga. Pilihan lain untuk pelaburan tidak langsung dalam tembaga adalah opsyen dan dana bersama tembaga.

Seperti harga komoditi lain, harga tembaga didorong oleh penawaran dan permintaan. Ia juga sangat bergantung pada aktiviti ekonomi global. Terdapat korelasi yang ketara antara pertumbuhan KDNK China dan harga tembaga, kerana permintaan global untuk tembaga sebahagian terbesarnya datang daripada China.

Satu lagi korelasi yang menarik ialah antara harga tembaga dan minyak. Harga tembaga akan naik mengikuti trend kenaikan harga minyak kerana penghasilan tembaga menggunakan banyak tenaga.

Di bawah ini anda boleh melihat trend menaik dalam niaga hadapan tembaga sejak 2021.

Melabur dalam tembaga (XCP)

Melabur dalam paladium (XPD)

Paladium adalah logam yang hampir serupa dengan platinum. Ia adalah elemen yang diperlukan untuk menghasilkan produk elektronik dan penukar pemangkin dalam ekzos kereta. Ia juga digunakan untuk membangunkan pengesan karbon monoksida.

Jika anda ingin melabur dalam paladium secara langsung, anda boleh membelinya pada harga spot atau melalui kontrak niaga hadapan. Anda juga boleh dagangkan paladium sebagai Kontrak untuk Perbezaan (CFD).

Antara faktor utama yang mendorong harga paladium ialah penawaran dan permintaan. Memandangkan pemandu telah beralih daripada kereta berenjin diesel kepada kenderaan petrol, yang menggunakan paladium dalam penukar pemangkinnya, gangguan terhadap industri kereta juga mempengaruhi harga paladium.

Pada carta di bawah, anda boleh melihat prestasi mingguan paladium dari November 2021.

Melabur dalam paladium (XPD)

Sebagai kesimpulan, pelabur memilih logam sebagai aset selamat pada masa-masa yang tidak stabil. Aset-aset ini boleh membawa keuntungan yang lebih stabil dan kurang terjejas akibat perubahan pasaran.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.