FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

19 Jun 2025

Strategi

RSI & RCI Dalam Forex: Strategi Trading Yang Optimum

RSI & RCI Dalam Forex: Strategi Trading Yang Optimum

Apabila harga bergerak dengan stabil dalam satu-satu arah, adakalanya sukar untuk meramal kebarangkalian terjadinya penyongsangan. Namun demkian, terdapat beberapa indikator teknikal yang boleh membantu seorang trader menganalisa keadaan pasaran untuk kemungkinan pembentukan puncak atau lembah.

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari tentang indikator RSI, cara menggunakannya dalam perdagangan Forex dan perbezaannya daripada RCI.

RSI: Pengenalan

RSI (Indeks Kekuatan Relatif) ialah indikator momentum yang mengukur kelajuan dan kekuatan pergerakan harga terkini, membantu trader mengenal pasti apabila sesuatu aset hampir mengalami situasi terlebih jual dan terlebih beli. Dalam erti kata lain, RSI menentukan sama ada harga aset naik terlalu tinggi atau jatuh terlalu rendah, yang boleh mencetuskan reaksi daripada trader dan membawa kepada perubahan arah trend.

Cara RSI berfungsi

RSI ialah sejenis indikator osilator yang bermaksud ia muncul sebagai garisan melengkung yang turun naik antara dua nilai ekstrem. Apabila anda membuka platform perdagangan, anda biasanya boleh menemui indikator RSI dipaparkan sebagai graf yang berasingan di bawah carta harga utama, dengan garis RSI berayun ke depan dan ke belakang antara skala 0 hingga 100.

Apabila harga mengikuti trend tertentu, indikator RSI berayun dengan intensiti yang berbeza, bergantung pada bilangan dan saiz penutupan pesanan yang positif dan negatif. Pada asasnya, RSI membandingkan harga tutup semasa aset dengan paras tinggi dan rendah yang direkodkan sebelum ini, dan menentukan momentum pergerakan harga.

Jika garisan RSI di atas garis tengah (50), maka sentimen pasaran semasa ialah bullish; dan sebaliknya. Garis tengah juga boleh dilintasi, yang bermaksud trend akan mengalami penyongsangan tidak lama lagi. Tetapi jika RSI terus naik melepasi aras 70 atau jatuh lebih rendah melepasi aras 30, ia menandakan bahawa aset sudah terlebih jual atau terlebih beli. Dalam kes ini, trader harus menjangkakan kemungkinan berlakunya perubahan pada sentimen pasaran.

RSI dalam strategi perdagangan Forex

Indikator RSI mungkin sesuatu yang amat berguna dalam perdagangan Forex, terutamanya dengan strategi perdagangan intrahari.

Strategi perdagangan julat

Cara paling mudah untuk trader menggunakan RSI ialah dengan memperhatikan signal terlebih beli atau terlebih jual. Memandangkan perdagangan harian melibatkan usaha untuk memanfaatkan perubahan harga yang berlaku pada hari yang sama, adalah penting untuk melaraskan tetapan RSI kepada tempoh yang lebih pendek untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan relevan.

Sebaik sahaja anda mendapati garis RSI memasuki julat terlebih beli atau terlebih jual, anda boleh bersedia untuk kemungkinan pengunduran. Jika harga naik turun antara had julat tertentu dan julat terlebih beli/terlebih jual yang sejajar dengan aras sokongan dan rintangan yang disahkan sebelum ini, terdapat peluang tinggi harga akan mengalami pengunduran.

Strategi perdagangan trend

Walau bagaimanapun, jika trend pasaran semasa adalah kuat, adalah disyorkan untuk menantikan signal pengesahan sebelum membuat sebarang pesanan dagangan. Sewaktu trend yang kuat, harga mungkin terus bergerak melebihi julat terlebih beli/terlebih jual dan menetapkan aras tinggi atau rendah yang baharu tanpa penarikan balik (pullback) yang ketara.

Apabila anda terperangkap dalam trend yang kuat, tindakan yang terbaik ialah untuk berdagang mengikut arah pergerakan harga. Jika anda melakukan tindakan tersebut, indikator RSI boleh membantu anda mengenal pasti titik kemasukan yang berpotensi.

Sebagai contoh, jika trend semasa ialah bullish dan RSI menandakan pasaran terlebih beli, pengunduran yang kecil mungkin berlaku. Dengan menggunakan signal-signal seperti ini, anda boleh merancang masa dagangan anda selari dengan penarikan balik (pullback) seperti ini dan memasuki pasaran dalam keadaan yang lebih menguntungkan.

Capahan momentum perdagangan

Salah satu ciri unik indikator momentum ialah capahan momentum (momentum divergences). Antaranya berlaku apabila arah indikator momentum mencapah dari arah trend pasaran semasa. Sebagai contoh, jika harga dan garis RSI semakin menurun, tetapi garis itu kemudian mula menaik, maka pencapahan momentum telah berlaku.

Capahan momentum adalah signal yang memberitahu trader bahawa momentum trend semasa mula menjadi perlahan, yang berkemungkinan berakhir dengan penyongsangan trend. Jika anda memperhatikan aras tinggi yang lebih tinggi atau aras rendah yang lebih rendah tidak disahkan pada graf RSI, anda mungkin perlu bersedia untuk penyongsangan trend.»

Capahan momentum perdagangan

Kelebihan RSI dalam Forex

Penggunaan indikator RSI dalam perdagangan Forex boleh menjadi sangat bermanfaat. Berikut adalah beberapa perkara utama yang boleh ditentukan dengan menerapkan RSI dalam strategi perdagangan Forex anda:

  • momentum trend — RSI menunjukkan kelajuan dan kekuatan trend, yang boleh digunakan untuk menentukan arah trend pada masa depan terdekat, begitu juga sama ada strategi perdagangan anda adalah praktikal dalam keadaan pasaran semasa;

  • sentimen pasaran — walaupun RSI tidak memberitahu arah trend secara langsung, analisis perubahan harga terkini boleh membantu menentukan trajektori pergerakan pasaran.

  • potensi penyongsangan — mengetahui sama ada trend adalah kuat atau sentimen pasaran semasa boleh membantu anda meramalkan masa dan jika penyongsangan trend mungkin berlaku.

  • anggaran titik masuk dan keluar — anda boleh memerhatikan capahan momentum atau pasaran terlebih jual/terlebih beli untuk tempat yang berpotensi dijadikan titik masuk atau meninggalkan pasaran.

Had RSI

Meskipun terdapat banyak kelebihan untuk menggunakan RSI dalam perdagangan Forex, anda tidak patut bergantung padanya 100%. Walaupun indikator RSI memberi amaran tentang pasaran terlebih beli/terlebih jual, ia tidak menjaminkan penarikan balik (pullback) harga atau penyongsangan trend dengan sendirinya.

Justeru, adalah penting untuk menggabungkan penggunaan indikator RSI bersama dengan indikator analisis teknikal yang lain seperti Stochastic Oscillator, MACD, dan sebagainya untuk menerima maklumat tambahan.

Apakah itu RCI?

RCI (Indeks Korelasi Ranking) ialah satu lagi indeks yang penting bagi trader Forex amatur yang kadangkala tidak boleh membezakannya dengan RSI.

Indikator RSI sering kali digunakan dalam perdagangan Forex untuk mengesan dan mengukur kekuatan dan arah korelasi antara pasangan matawang. Menganalisa korelasi antara elemen-elemen yang berbeza boleh membantu trader memahami sama ada perubahan dalam satu elemen boleh menyebabkan perubahan dalam elemen yang lain juga.

Serupa dengan RSI, RCI adalah indikator osilator yang naik turun antara +1 dan -1, di mana +1 menandakan korelasi positif, -1 menandakan korelasi negatif dan 0 tidak menandakan apa-apa korelasi. Sebagai contoh, jika korelasi antara EURUSD dan XAUUSD ialah 0.9, terdapat korelasi positif yang kuat antara dua pasangan itu yang bermaksud jika harga salah satu pasangan bergerak ke arah tertentu, harga yang lagi satu akan mengikutinya.

Mengetahui korelasi antara pasangan matawang amat membantu dalam merancang strategi perdagangan anda. Ia juga boleh membantu anda melindung nilai (hedge) untuk menampan risiko.

Perbezaan antara RSI dan RCI

Seperti yang telah anda lihat, RSI dan RCI adalah dua indikator yang sangat berbeza. RSI mengukur kelajuan dan kekuatan kenaikan dan penurunan harga, manakala RCI menentukan korelasi antara pergerakan harga semasa bagi satu pasangan matawang dan pasangan matawang yang lain sepanjang tempoh yang dipilih.

Rangkuman

Ada masanya pasaran Forex agak mencabar. Oleh itu, mana-mana trader yang ingin berjaya mesti menggunakan bantuan indikator. Dalam artikel ini anda telah pelajari tentang indikator RSI dan RCI, perbezaan antaranya dan cara untuk menggunakannya dalam strategi perdagangan anda untuk meraih manfaat sebanyak yang mungkin.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.