FBS kini 16 tahun
23 Jun 2025
Asas
Apa yang lebih baik daripada bersantai menikmati movie night pada hujung minggu? Movie night khas untuk para trader! Teruskan menikmati bisnes kegemaran anda walaupun anda sedang berehat dengan 6 filem TERBAIK tentang trading, kewangan dan pasaran.
Wall Street adalah drama yang dibintangi oleh Charlie Sheen dan Michael Douglas. Berlatarbelakangkan tahun 1985 di New York, filem ini berkisar tentang seorang broker muda yang bercita-cita tinggi, Bud Fox, yang sedia mengorbankan orang lain jika itulah jalannya untuk mencapai ke puncak kerjayanya, dan idolanya, Gordon Gekko.
Wall Street adalah sebuah karya klasik kegemaran trader yang memberikan gambaran yang tepat tentang sepak terajang dalam dunia pasaran kewangan. Dan, jika anda mahu melihat contoh dan akibat daripada "insider trading", anda wajib tonton filem ini!
Dan Mahowny bekerja untuk salah satu bank terbesar di Toronto. Dia dilantik sebagai penolong pengurus pada usia 24 tahun, dan dengan itu diberikan akses kepada akaun-akaun besar para pelanggannya. Bosnya, pelanggannya, dan semua orang di sekitarnya mengagumi dan menghormati Dan kerana sifat-sifatnya. Tetapi ada satu perkara yang mereka tidak tahu, iaitu betapa Mahowny gila berjudi dengan amat parah sekali.
Filem Kanada-British yang diarahkan oleh Richard Kwietniowski ini ditulis berdasarkan kisah benar Brian Molony.
Salah satu filem paling lucu tentang trading. Trader komoditi kelas atasan yang sombong, Louis Winthorpe III, dan seorang gelandangan nakal, Billy Ray Valentine, tidak pernah menyangka bahawa jalan mereka akan dipertemukan oleh takdir. Tetapi itulah yang terjadi, terima kasih kepada dua orang bos Winthorpe yang eksentrik, Duke bersaudara. Dua beradik itu bertaruh untuk melihat sama ada seorang budak jalanan boleh mengendalikan syarikat mereka yang sangat besar.
Filem ini mengandungi babak-babak lucu yang menampilkan Santa Claus yang mabuk, pelajar pertukaran budaya dari Cameroon, dan kes kekeliruan identiti melibatkan sut gorila. Ia berbaloi untuk anda periksa lebih lanjut, walaupun hanya untuk mengetahui sama ada eksperimen adik-beradik Duke itu berjaya!
Bagi mereka yang menganggap pasaran bukan perkara yang boleh dibuat main, berbeza dengan filem sebelumnya, filem ini adalah satu dokumentari yang serius. Ia berkisar sekitar lantai perdagangan bursa niaga hadapan Chicago. Floored menunjukkan isu sebenar dan perbezaan antara perjudian versus trading yang sebenar.
Dokumentari ini terkenal dengan subteks meta-fiksyennya serta beberapa komen dan temu ramah yang sangat membuka mata. Ini filem yang wajib ditonton oleh sesiapa yang berminat dengan niaga hadapan atau trading secara umum.
September 2008. Krisis ekonomi global telah bermula, tetapi Amerika belum mengetahui bencana seperti apa yang menantinya di hadapan, dan hanya sekumpulan pengurus atasan di Wall Street yang sedang mencari jalan menyelamatkan diri. Filem ini berlaku dalam tempoh 24 jam, jam-jam yang pastinya paling sengit dalam hidup mereka.
Filem thriller kewangan ini mendapat rating yagn tinggi daripada para pengkritik dan malah dicalonkan untuk Oscar. Tonton untuk melihat sama ada para pengurus bank tersebut dapat menyelamatkan bank mereka daripada aset toksik bernilai $8 trilion.
Filem klasik baharu yang tidak boleh kami cicirkan daripada senarai ini. Filem biografi jenayah komedi hitam ini (gabungan yang menarik!) yang diarahkan oleh Martin Scorsese telah menjadi hit serta-merta, berdasarkan kisah benar Jordan Belfort, daripada kebangkitannya sebagai ejen saham yang kaya raya yang menjalani kehidupan kelas atasan hingga kejatuhannya yang melibatkan jenayah, rasuah dan kerajaan persekutuan.
Filem yang dirakam dengan indah dan unik ini terasa seperti menaiki roller coaster. Ia ada segala-galanya: seorang broker yang berani dan berbakat, seorang model yang cantik, wang, kegagalan, rahsia, dan konspirasi. Jika anda masih belum menonton karya agung sinematografi trading ini, cepatlah tonton ya!
Kini anda tidak perlu risau memikirkan filem apa yang hendak ditonton pada malam yang panjang – cuma pilih salah satu daripada filem TERBAIK kami dan nikmatilah. Adakah anda ada filem kegemaran tentang pasaran dan kewangan yang kami tidak sebutkan?
Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.