FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

05 Jun 2025

Strategi

Cara Untuk Trade Dengan Pola Shooting Star

Cara Untuk Trade Dengan Pola Shooting Star

Salah satu kaedah yang paling popular dan boleh diandalkan untuk mencari signal masuk dan keluar ialah dengan mengenal pasti pola-pola carta dan candlestick. Pola-pola ini adalah sebahagian daripada analisis teknikal, yang menggunakan data silam pasaran untuk menganalisis kelakuan para pedagang dalam keadaan pasaran yang serupa pada masa-masa yang lalu. Memandangkan psikologi trader tidak banyak berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat kemungkinan besar bahawa pada masa kini trader akan bertindak dengan cara yang sama dan mengesahkan pola tersebut.

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari dengan lebih lanjut tentang salah satu pola yang paling terkenal: pola candlestick Shooting Star. Kami akan membincangkan syarat-syarat di sebalik pembentukannya, cara mengenal pasti ia pada carta, dan cara anda boleh menggunakannya dalam strategi trading anda.

Apakah itu Shooting Star?

Shooting Star ialah pola candlestick bearish yang kuat yang biasanya terbentuk pada penghujung trend menaik yang berpanjangan dan sebelum berlakunya penyongsangan menjadi trend menurun.

Pola ini terdiri daripada satu candlestick, tetapi yang unik tentangnya ialah badannya: candlestick Shooting Star mempunyai badan sebenar yang kecil berhampiran paras terendah pada hari tersebut. Ini berlaku kerana harga aset ditutup berhampiran dengan harga pembukaannya, yang menunjukkan bahawa bull tidak berjaya menolak harga lebih tinggi dalam tempoh sehari.

Pada masa yang sama, sumbu bahagian atas candlestick Shooting Star sangat panjang, iaitu sekurang-kurangnya dua kali panjang badannya. Sumbu bawah hampir tidak kelihatan, kadangkala tidak wujud, jadi bahagian yang paling dikenali dalam pola ini ialah sumbu atasnya yang panjang.

Apakah itu Shooting Star

Apakah maksud di sebalik pola Shooting Star?

Pola Shooting Star biasanya terbentuk selepas satu trend menaik yang stabil dan berpanjangan, selalunya selepas sekurang-kurangnya tiga candlestick bullish berturut-turut. Ia juga boleh muncul selepas beberapa candlestick bearish, dengan syarat pergerakan harga keseluruhan mempunyai kecenderungan bullish yang kuat.

Badan yang kecil dan sumbu yang panjang pada Shooting Star menunjukkan bahawa bull yang telah mendominasi pasaran cuba menaikkan harga lebih tinggi apabila hari perdagangan bermula. Tetapi harga yang lebih tinggi dengan pantas menarik penyertaan lebih ramai bears, yang seterusnya menarik harga ke bawah semula, hampir mencecah harga pembukaan.

Pola ini menunjukkan bahawa bull mungkin kehilangan penguasaannya di pasaran dan menandakan potensi peralihan sentimen pasaran daripada bullish kepada bearish. Tekanan beli menyerah kepada kuasa tekanan jual, yang memberi para trader petanda bahawa trend menaik semasa mungkin sudah melemah dan berpotensi menunjukkan pullback yang ketara atau penyongsangan trend bakal tiba.

Pola ini dianggap sahih jika candlestick selepasnya adalah bearish dan ditutup lebih rendah. Sumbu atas candlestick yang seterusnya hendaklah lebih pendek daripada paras tertinggi Shooting Star. Jika benar, maka terdapat peluang yang sangat tinggi bahawa bear telah berjaya mengambil alih pasaran, jadi para trader boleh cuba menggunakan peluang ini untuk membuka pesanan jual.

Cara untuk trade dengan Shooting Star

Untuk memanfaatkan sepenuhnya pola Shooting Star, pertimbangkan langkah-langkah berikut:

  • Kenal pasti trend menaik. Shooting Star lebih andal (reliable) jika ia muncul semasa trend menaik yang berpanjangan. Walaupun harga tidak pernah bergerak dalam garis lurus, setiap puncak dan lembah yang silih berganti adalah lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Untuk mengenal pasti trend menaik, cari siri titik tertinggi yang lebih tinggi dan titik terendah yang lebih tinggi yang menunjukkan trajektori menaik yang jelas.

  • Cari pola Shooting Star. Imbas carta untuk mencari candlestick dengan badan yang kecil berhampiran titik rendah hari tersebut, sumbu atas yang panjang sekurang-kurangnya dua kali panjang badan dan sumbu bawah yang pendek.

  • Sahkan dengan indikator tambahan. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih lengkap tentang kemungkinan penyongsangan, gunakan indikator analisis teknikal. Dengannya, anda boleh mengukur parameter-parameter lain bagi aksi harga semasa, seperti arah trend, volum urusniaga, momentum harga, aras sokongan/rintangan, dsb. Jika indikator-indikator lain memberikan signal penyongsangan yang kuat, anda mempunyai lebih banyak sebab untuk mempercayai bahawa pola Shooting Star akan membawa kepada perubahan arah pergerakan harga.

  • Rancang urusniaga anda. Mengesan sebarang pola carta memberi anda peluang unik untuk merancang titik masuk dan keluar anda. Sebaik sahaja Shooting Star disahkan, anda boleh memilih titik masuk pada aras harga di mana pengesahan telah berlaku, set pesanan renti rugi di atas sumbu atas untuk mengurus risiko dan menentukan sasaran keuntungan berdasarkan strategi trading anda dan nisbah risiko-ganjaran.

Shooting Star: contoh

Cara untuk trade dengan Shooting Star

Carta ini menunjukkan kemunculan Shooting Star, dengan badan yang pendek dan sumbu atas yang panjang, di bahagian atas puncak ketiga. Ia diikuti rapat oleh candlestick bearish yang ditutup jauh lebih rendah daripada Shooting Star, menunjukkan bahawa bear berjaya mengatasi bull dan trend menyongsang arah sepenuhnya. Titik masuk diletakkan di bawah sumbu bawah shooting star, manakala renti rugi ditetapkan di atas sumbu atasnya. Pesanan ambilan untung diletakkan pada aras sokongan sebelumnya, untuk berjaga-jaga kalau-kalau harga melantun semula.

Kelebihan dan keterbatasan pola Shooting Star

Kedua-dua golongan trader runcit dan profesional sangat memandang tinggi pola Shooting Star. Mari lihat kelebihan pola ini yang paling ketara:

  • Mudah dikenal pasti. Shooting Star terdiri daripada hanya satu candlestick dengan bentuk yang sangat berbeza, menjadikannya lebih mudah untuk dikesan pada carta berbanding kebanyakan pola yang lain.

  • Keandalan (reliability). Trader mendapati bahawa pola Shooting Star amat berguna dan andal untuk mengenal pasti kemungkinan penyongsangan trend, terutamanya jika ia berlaku berhampiran aras rintangan dan semua syarat-syarat lain yang diperlukan dipenuhi.

  • Sesuai untuk pemula. Pola ini agak mudah, jadi para pemula sekalipun mampu mengenal pasti dan trade dengannya.

  • Kekerapan. Pola ini ialah salah satu pola yang paling kerap muncul pada carta, jadi trader mempunyai banyak peluang untuk mencari dan menggunakannya untuk manfaat mereka.

Namun, Shooting Star sekalipun turut mempunyai keterbatasan tertentu yang perlu diambil kira oleh trader jika mereka ingin menghindari perangkap-perangkap lazim. Berikut adalah yang paling lazim:

  • Signal palsu. Signal palsu benar-benar boleh meranapkan urusniaga yang berpotensi menjana keuntungan. Seperti mana-mana pola dalam trading, candlestick Shooting Star boleh memberikan signal palsu, terutamanya dalam pasaran yang tidak menentu atau bergelora. Oleh itu, adalah penting untuk menunggu pengesahan pola tersebut atau menggunakan teknik pengesahan tambahan untuk mengesahkan keandalan pola tersebut sebelum membuat pesanan urusniaga.

  • Pengesahan menggunakan indikator. Walaupun Shooting Star dianggap sebagai pola yang andal, kaedah analisis lain masih perlu digunakan, seperti indikator-indikator analisis teknikal yang dinyatakan di atas, untuk memastikan signal penyongsangan bukan signal palsu.

  • Analisis kontekstual. Harga aset tidak bergerak dengan sendirinya. Ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor, oleh itu menganalisis keadaan dan konteks pasaran semasa akan membantu anda mendapatkan lebih banyak maklumat dan menghalang anda daripada trade melawan trend semasa.

Shooting Star dan Inverted Hammer: apa perbezaannya?

Pola Shooting Star sering dikelirukan dengan pola Inverted Hammer (tukul terbalik). Kedua-duanya adalah pola penyongsangan yang terdiri daripada satu candlestick dengan badan yang kecil, sumbu atas yang lebih panjang dan sumbu bawah yang sangat pendek atau tidak wujud sama sekali. Sama seperti Shooting Star, Inverted Hammer menandakan bahawa harga telah ditolak ke atas oleh bulls tetapi ditutup berhampiran harga pembukaan kerana tekanan jual.

Walau bagaimanapun, tidak seperti Shooting Star, Inverted Hammer berlaku pada penghujung trend menurun. Berbeza dengan sifat bearish Shooting Star, Inverted Hammer menunjukkan bahawa bull akhirnya menjadi lebih kuat, dan trend mungkin menyongsang menjadi bullish.

Jadi untuk membezakan Shooting Star dan Inverted Hammer, anda perlu mengenal pasti trend semasa. Jika ia bullish, candlestick yang dimaksudkan adalah Shooting Star. Tetapi jika ia bearish, anda sedang berhadapan dengan Inverted Hammer.

Rangkuman

Seperti yang anda pelajari hari ini, pola Shooting Star ialah alat yang sangat berharga, yang menawarkan wawasan berharga tentang sentimen pasaran dan potensi penyongsangan harga. Dengan menggunakan pengetahuan yang diperolehi daripada kefahaman tentang pola ini, para trader boleh meningkatkan peluang mereka untuk berjaya dalam dunia trading yang sentiasa berubah.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa tiada strategi yang sempurna, dan pembelajaran yang berterusan, penyesuaian dan penyepaduan pelbagai teknik analisis adalah penting untuk terus maju dalam pasaran kewangan yang dinamik.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.