FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

02 Jun 2025

Asas

Dari Novis Jadi Pro: Cara Untuk Berjaya Sebagai Partner IB FBS

Cara Untuk Berjaya Sebagai Partner IB FBS

Menjadi Partner IB yang berjaya di FBS lebih daripada sekadar membawa masuk trader. Ia tentang membina rangkaian yang kukuh, memaksimumkan komisen, dan mencipta pertumbuhan jangka panjang.

Memahami strategi yang betul dan mengikuti tips pertumbuhan yang sudah terbukti dapat membantu sesiapa sahaja mencapai matlamat mereka dengan lebih cepat. Jadi, jika anda baru mula atau sedang berusaha untuk merealisasikan matlamat baru, lihatlah panduan di bawah.

Nilai-nilai teras Partner IB FBS

Salah satu faktor utama yang mendorong partner menyertai Program IB FBS adalah rasa ingin tahu. Jika anda ingin menguji kemahiran anda dan memulakan perniagaan baru, berkongsi maklumat tentang FBS dan membawa masuk lebih ramai pelanggan, anda sudah berada di jalan yang tepat untuk menuju kejayaan.

Anda akan berevolusi dari partner baru menjadi partner pro sekiranya anda boleh memenuhi beberapa kriteria. Lihat berapa banyak kriteria ini yang sudah ada pada anda, dan berapa banyak yang masih perlu anda usahakan:

  1. Kefahaman tentang pasaran Forex

  2. Pengetahuan tentang peraturan kawal selia

  3. Kemahiran jualan dan pemasaran

  4. Kemahiran networking

  5. Kemahiran komunikasi

  6. Kemahiran berunding

  7. Kemahiran menganalisis

  8. Berorientiasikan khidmat pelanggan

  9. Kemahiran menyelesaikan masalah

  10. Kecekapan berteknologi

  11. Pengurusan risiko

  12. Beretika

Cara untuk memperkenalkan diri anda

Setiap hubungan bermula dengan perkenalan. Jika anda berminat untuk mencipta ikatan yang berpanjangan dengan pelanggan anda, anda perlu memastikan bahawa anda seorang yang profesional namun mesra dan terbuka untuk berkomunikasi.

Berikut adalah beberapa amalan terbaik yang boleh membantu anda membina kehadiran dalam talian dan luar talian sebagai Partner IB FBS.

Nama saya __, saya dari FBS.

Perkenalkan diri anda sebagai Partner FBS, bukan sebagai kakitangan FBS.

Pastikan tidak ada jenama FBS dalam nama saluran media sosial anda.

Di FBS, kami percaya bahawa…

Jangan buat pernyataan atau komen rasmi bagi pihak FBS.

Gunakan penafian (disclaimer) media sosial: Halaman ini dimiliki oleh seorang Partner Introducing Broker FBS.

Hubungi Pengurus Partner FBS anda sekiranya ada mana-mana saluran media menghubungi anda untuk kenyataan rasmi atau sebarang komen.

FBS adalah broker yang terbaik, jangan percaya dengan orang lain.

Walaupun anda harus mempromosikan FBS untuk hasil yang lebih baik, elakkan daripada memberikan komen yang negatif tentang pesaing. Gunakan mesej positif.

Garis panduan komunikasi

Apabila berinteraksi dengan bakal pelanggan, anda perlu memastikan mereka tahu tentang semua manfaat yang FBS boleh tawarkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memastikan mesej anda jelas dan tidak memberikan maklumat yang mengelirukan.

Jangan janjikan pulangan yang cepat tanpa usaha, tetapi pastikan pelanggan tahu anda ada untuk mengajar mereka. Tunjukkan kepakaran anda tanpa memberikan maklumat palsu. Ini akan membantu anda mengelak negativiti.

Trade untuk buat wang dengan mudah.

Belajar trading dan mula jana pendapatan.

Jadi kaya dengan cepat.

Trade dengan bijak.

Dapatkan segala yang anda mahukan tanpa usaha.

Kami akan bantu anda meningkatkan kemahiran trading anda.

Buat duit secara mudah dengan broker yang terbaik.

Trade dengan broker yang mantap dan boleh dipercayai.

Kami akan bayar semua kerugian anda.

Berhati-hati dengan pelaburan anda.

Larangan

Apabila menyampaikan maklumat sebagai Partner FBS, anda tidak boleh memberikan pelanggan perkara-perkara berikut:

  • bahan-bahan dan pautan ke sumber yang mengandungi maklumat dan gambar yang memfitnah, kesat, ganas, mendiskriminasi, dan pornografi;

  • mempromosikan perjudian dan produk-produk perjudian;

  • cadangan dan tips pelaburan, cth. membeli atau menjual aset-aset tertentu;

  • maklumat sulit dan proprietari FBS, pelanggannya, atau pihak ketiga yang berurusan dengan FBS.

10 alat untuk mencapai kejayaan

MDP-8066_10_tools_for_success_1200x675_EN.jpg

Matlamat nombor satu setiap Partner IB FBS ialah untuk menarik pelanggan baru. Terdapat banyak alat yang boleh membantu anda; apa yang perlu anda lakukan adalah memilih satu atau beberapa yang paling sesuai dengan idea bisnes anda.

  1. EA (Expert Advisor)
    Strategi robot trading yang dikembangkan, dibeli, dan jual kepada pelanggan atau sediakan secara percuma oleh partner.

  2. Trading secara manual
    Trading berdasarkan analisis yang dijalankan oleh partner tanpa bantuan robot.

  3. Penyedia signal
    Signal trading yang dibekalkan melalui Telegram atau group chat lain.

  4. Social trading
    Trading secara manual dalam webinar, di mana pelanggan meniru posisi yang sama sambil menontonnya.

  5. Sekolah Trading/Akademi Forex.
    Perniagaan dalam atau luar talian yang ditubuhkan oleh partner yang menawarkan kursus latihan kepada pelanggan yang ingin belajar trading.
  6. Personal coaching
    Kursus secara empat mata untuk mengajar dan melatih pelanggan berdasarkan objektif mereka.

  7. Ulasan tentang broker
    Laman web yang menampilkan ulasan tentang pelbagai broker.

  8. Rebat/cashback
    Sebahagian daripada komisen partner yang dikongsi kepada pelanggan mereka.

  9. Media sosial
    Gunakan media sosial sebagai alat untuk membangunkan jenama (TikTok, Facebook, YouTube, Instagram, Telegram).

  10. Langganan bulanan
    Langanan berbayar atau percuma kepada EA, Signal, Khidmat Pelanggan, dan apa sahaja yang ditawarkan oleh partner.

Amalan-amalan terbaik

Kini, apabila kita sudah bincangkan alat-alat yang ada untuk anda, tibalah masanya untuk bertindak. Berikut adalah butiran terperinci tentang cara-cara untuk menarik pelanggan sebagai Partner IB FBS dengan sukses.

Ikuti langkah-langkah ini untuk mengembangkan asas pelanggan anda dan membina hubungan jangka panjang.

  1. Bina kehadiran dalam talian yang mantap.

    • Bina laman web yang profesional, yang mempamerkan servis, kepakaran, dan kelebihan trading dengan FBS.

    • Optimumkan laman web anda untuk enjin carian (SEO) untuk menarik trafik organik daripada trader yang mencari platform Forex.

  2. Gunakan media sosial dan pemasaran konten.

    • Wujudkan kehadiran di platform media sosial yang berkaitan dengan trader, seperti LinkedIn, Twitter, dan Facebook.

    • Kongsi kandungan bermaklumat yang berkaitan dengan perdagangan Forex, analisis pasaran, strategi trading, dan kemas kini daripada FBS.

    • Berinteraksi dengan khalayak anda dengan membalas komen, melibatkan diri dalam perbincangan, dan menangani pertanyaan dengan segera.

  3. Tawarkan sumber pendidikan.

    • Sediakan kandungan pendidikan yang berharga seperti webinar, tutorial, panduan trading, dan laporan tinjauan pasaran.

    • Posisikan diri anda sebagai penasihat yang dipercayai dengan menawarkan pengetahuan yang membantu trader meningkatkan kemahiran trading mereka dan memahami dinamik pasaran.

  4. Networking dengan bakal pelanggan.

    • Hadiri acara, seminar, dan persidangan berkaitan Forex untuk membina networking dengan trader dan pelanggan lain.

    • Sertai komuniti Forex dalam talian, forum, dan kumpulan media sosial di mana trader membincangkan strategi trading dan trend pasaran.

  5. Manfaatkan program referral dan insentif.

    • Tawarkan program referral dan insentif yang menarik kepada pelanggan sedia ada yang membawa masuk trader baru menyertai FBS.

    • Berikan bonus, diskaun untuk fi berkaitan trading, atau ganjaran lain untuk pelanggan tersebut dan yang baru mendaftar.

  6. Sediakan khidmat pelanggan yang cemerlang.

    • Pastikan khidmat pelanggan anda responsif dan profesional untuk menangani pertanyaan dan isu pelanggan secara berkesan.

    • Bina reputasi yang cemerlang untuk keandalan (reliability), kebolehpercayaan, dan keresponsifan. Ini boleh membawa kepada promosi mulut ke mulut yang positif.

  7. Tonjolkan kelebihan diri anda berbanding pesaing.

    • Serlahkan unique selling proposition (USP) FBS, seperti spread yang kompetitif, alat trading yang inovatif, atau syarat trading yang luar biasa.

    • Hebahkan apa-apa anugerah, pengiktirafan, atau pensijilan kawal selia yang menunjukkan kredibiliti dan komitmen FBS terhadap kepuasan pelanggan.

  8. Gunakan iklan berbayar.

    • Pertimbangkan untuk menggunakan saluran pengiklanan berbayar seperti Google Ads, iklan media sosial, atau kandungan yang ditaja untuk mencapai khalayak bakal pelanggan yang disasarkan.

    • Pantau dan analisis prestasi kempen pengiklanan anda untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan (ROI) anda.

  9. Sentiasa telus dan patuhi peraturan kawal selia.

    • Pastikan usaha pemasaran anda mematuhi peraturan kawal selia dan garis panduan di pasaran sasaran anda.

    • Untuk membina kepercayaan prospek, berikan maklumat yang jelas dan telus mengenai perkhidmatan, fi dan terma FBS.

Sumber-sumber berguna

Luaskan peluang anda dengan sumber-sumber tambahan.

Untuk lebih banyak maklumat tentang Program IB FBS, sila baca sumber-sumber berikut:

Untuk mempromosikan servis-servis anda dengan lebih berkesan, semak bahan-bahan berikut:

Untuk memahami pasaran dengan mendalam, terokai bahan-bahan pendidikan dari penganalisis kami dan ikuti saluran-saluran media sosial mereka:

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.