Jom kita lihat ciri-ciri ini dengan lebih dekat
Brent adalah penanda aras untuk pasaran Eropah dan Asia. Penanda aras ini terdiri daripada lebih daripada 15 gred minyak yang dihasilkan di blok pentas benua Norway dan Scotland di Brent, Ekofisk, Oseberg, dan Forties.
WTI adalah penanda aras untuk Hemisfera Barat. Ia diperoleh daripada medan minyak AS, terutamanya di Texas, Louisiana, dan North Dakota.
Tidak ada dua gred minyak yang benar-benar sama, setiap satunya unik. Malah, gred yang termasuk dalam Brent atau WTI mempunyai sifat dan komposisi yang berbeza.
Brent adalah sejenis minyak ringan yang rendah sulfur. WTI adalah gred minyak yang lebih padat. Kualiti WTI lebih baik daripada Brent.

Mengapa Brent dan WTI mempunyai harga yang berbeza?
Sejak pertengahan 80-an, WTI dan Brent telah didagangkan pada harga yang hampir sama. Ada kalanya WTI lebih mahal daripada Brent, tetapi kini, Brent lebih berharga. Perbezaan harga berbeza antara keduanya adalah kira-kira $10-$20 setong.
Harga bergantung, sebahagian besarnya, pada kos pengeluaran dan penghantaran.
Brent dihasilkan berhampiran laut, jadi kos pengangkutan ketara lebih rendah. Sebaliknya, WTI dihasilkan di kawasan daratan. Akibatnya, terdapat masalah infrastruktur yang menyukarkan usaha membawa lonjakan pengeluaran Amerika Utara ke pasaran dan kesannya, kos pengangkutan menjadi lebih tinggi.
Satu lagi faktor yang penting ialah ketidakstabilan geopolitik. Ketegangan di Timur Tengah amat mempengaruhi harga minyak — terutamanya Brent. Ketegangan membawa kepada penurunan bekalan. Apabila bekalan mana-mana aset berkurangan, harga akan meningkat. West Texas Intermediate kurang terjejas kerana ia dihasilkan di kawasan daratan di Amerika Syarikat.
Harga WTI dibentuk oleh inventori minyak mentah. Sebaik sahaja tahap simpanan dalam inventori meningkat, WTI turun. Jika inventori menyusut, harga WTI naik. Sekali lagi, terdapat isu bekalan yang sudah disebutkan sebelum ini.
Seperti yang anda boleh lihat, penanda aras utama dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang berbeza. Namun, trendnya kebanyakannya serupa. Jika Brent naik, WTI juga berkebarangkalian tinggi akan naik.
Kesimpulan
Brent dan WTI akan kekal menjadi penanda aras minyak yang andal (reliable). Jika anda mahu trade di pasaran minyak, pilih salah satu daripada dua ini. Walau bagaimanapun, apabila memilih salah satu penanda aras tersebut, ingatlah faktor-faktor yang mempengaruhi harga mereka. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meramalkan harganya pada masa depan dengan lebih tepat dan trading anda akan lebih menguntungkan.