FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Anchoring Dalam Trading

Anchoring Dalam Trading

Kadang-kadang kita membuat keputusan tergesa-gesa tanpa berfikir. Kita mungkin berasa seperti kita mempunyai asas yang sangat baik untuk bertindak sedemikian, tetapi kesudahan yang diperoleh ternyata mengecewakan. Salah satu sebab ini berlaku ialah anchoring. Anchoring boleh menjejaskan proses membuat keputusan kita dan mengganggu persepsi kita terhadap tindakan kita sendiri.

Dalam artikel ini, anda akan pelajari apa itu anchoring bias, apa yang menyebabkannya, mengapa ia berbahaya, dan bagaimana anda boleh menghalangnya daripada mempengaruhi urusniaga anda

Apakah itu anchoring?

Anchoring adalah bias psikologi yang berlaku apabila maklumat yang disampaikan kepada seseorang diterima sebagai titik rujukan utama dalam membuat keputusan yang selanjutnya. Maklumat ini, atau anchor (sauh), membayangi sebarang data tambahan yang mungkin akan menjelma kemudian dan mempengaruhi cara seseorang itu berfikir tentang suatu masalah, walaupun maklumat itu akhirnya menjadi tidak relevan dalam kes yang tertentu.

Anchoring bias adalah isu yang berlaku dengan meluas dalam trading. Adakalanya, para trader mengekalkan posisi yang membuatkan mereka rugi jika mereka percaya harga semasa tidak wajar atau memuaskan jika dibandingkan dengan harga yang mereka bayar untuk memperolehi aset tersebut sebelum ini.

Bagaimana anchoring berlaku?

Anchoring sering digunakan secara sengaja sebagai cara untuk mendorong orang ramai membuat keputusan yang dikehendaki oleh pemberi tawaran. Sebagai contoh, strategi ini digunakan secara meluas oleh para pengedar kereta apabila harga yang dipersetujui oleh pembeli akhirnya menjadi lebih rendah daripada harga yang pada mulanya diminta oleh penjual. Pembeli beredar dari galeri jualan berasa seolah-olah mereka telah mendapat harga yang murah. Hakikatnya, ini adalah langkah licik yang memang dirancang awal-awal oleh si penjual. Dengan menetapkan harga permulaan yang lebih tinggi daripada harga sebenar kenderaan tersebut, penjual mengambil kesempatan daripada ketidakupayaan pembeli untuk menganalisis tawaran secara kritikal dalam keadaan semasa. Pembeli akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pilihan yang mereka fikir lebih menguntungkan pada masa tersebut, walaupun mereka mungkin menyedari bahawa mereka boleh mendapat tawaran yang lebih baik jika mereka mempunyai lebih banyak maklumat (selepas mengunjungi pengedar yang lain dan membandingkan harga, contohnya).

Walau bagaimanapun, anchoring juga boleh berlaku secara tidak sengaja, apabila secara tidak sedar, seseorang mengambil maklumat pertama yang sudah tersedia untuk mereka sebagai satu-satunya sumber yang benar dan boleh dipercayai untuk membuat keputusan akhir mereka.

Sebagai contoh, apabila pembeli mendapati bahawa harga purata bagi model kereta yang mereka inginkan adalah $10,000, mereka mungkin berfikir bahawa harga $8,500 bermakna bahawa kereta itu unit yang bermasalah, yang menyebabkan mereka terlepas peluang untuk menjimatkan wang dalam pembelian mereka.

Bagaimana anchoring bias mempengaruhi trading dan pelaburan

Apabila bercakap tentang trading atau pelaburan, anchoring bias benar-benar boleh memperdaya seseorang. Ia boleh menyebabkan pedagang atau pelabur membuat keputusan kewangan yang salah, membeli aset dengan harga lebih tinggi daripada nilai sebenarnya atau menjualnya dengan lebih murah daripada yang sewajarnya. Anchoring adalah salah satu sebab utama di sebalik keputusan kewangan yang lemah di pihak trader dan pelabur.

Sebagai contoh, jika anda membeli saham pada harga $100 tanpa meneliti fundamental pasaran seperti potensi kadar pertumbuhan syarikat, pendapatan, dan sebagainya, anda mungkin tidak akan dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi, atau bahkan memperoleh apa-apa sama sekali. Jika harga saham jatuh lebih rendah daripada $100 dan terus jatuh, anda mungkin berasa keberatan untuk melepaskannya dan terus menahannya, dengan harapan harga akan naik semula. Walau bagaimanapun, harga awal $100 juga mungkin satu kesilapan. Tanpa mengetahui perkara ini, anda membiarkan diri anda terikat (anchored) dengan harga pertama yang anda lihat dan terlebih menilai pembelian anda. Ini berlaku kepada ramai orang yang bekerja di pasaran kewangan, sebahagiannya kerana mereka tidak semestinya sedar tentang sauh yang menghalang mereka daripada membuat urusniaga yang berjaya.

Sejarah harga, indeks kewangan, volum jualan, paras tertinggi dalam rekod (high-water mark) adalah antara anchor yang paling lazim. Menggunakannya sebagai titik rujukan untuk membuat keputusan kewangan boleh membawa kepada kekecewaan.

Punca-punca anchoring bias dalam trading

Terdapat pelbagai sebab mengapa anchoring menimbulkan banyak masalah kepada para trader. Berikut adalah beberapa punca utama yang membuatkan para pedagang terus merangkul erat posisi yang rugi, sama ada secara sedar atau tidak.

Kekurangan pengalaman

Apabila trader novis memulakan langkah pertama mereka dalam trading, mereka mungkin berasa terbeban dengan semua maklumat yang mereka perlu ketahui. Mempelajari cara mentafsir dan menilai data-data pasaran memerlukan masa. Itulah sebabnya para pedagang cenderung untuk hanya membuat keputusan berdasarkan maklumat pertama yang mereka terima.

Confirmation bias

Setiap orang ada pendapat dan kepercayaan mereka sendiri. Inilah sebabnya ramai trader cenderung mempercayai maklumat yang selari dengan jangkaan sedia ada mereka tentang pasaran. Apabila ini berlaku, sukar untuk menilai maklumat tersebut secara objektif, terutamanya apabila terdapat data yang bercanggah dengan pandangan dan kecenderungan trader. Mereka menerima anchor tersebut dengan tidak teragak-agak dan membuat keputusan yang kemudiannya membawa hasil yang mengecewakan.

Keterikatan emosi

Adakalanya emosi para trader terpaut dengan urusniaga mereka. Mereka mula "rooting" untuk urusniaga tersebut, dengan harapan bahawa harga akan bergerak ke arah yang menyebelahi mereka. Walau bagaimanapun, keterikatan secara emosi dengan posisi bermakna mereka tidak dapat menganalisis pasaran secara objektif dan membuat keputusan terbaik berkenaan aset yang dimiliki oleh mereka.

Tidak mengkaji secukupnya

Satu lagi cara untuk terjerumus ke dalam perangkap anchoring adalah dengan menyandarkan semua keputusan trading pada anggaran purata atau pendapat penganalisis. Dalam trading, trader perlu menyelidik suatu topik dari pelbagai perspektif dan mendengar pendapat yang berbeza. Dengan mengambil maklumat daripada hanya satu sumber dan terutamanya anggaran purata pada nilai muka, ia boleh menghalang anda daripada mempertimbangkan keadaan-keadaan lain yang boleh mempengaruhi urusniaga anda.

Cara untuk menghindari anchoring bias dalam trading

Anchoring berbahaya kepada para trader dan pelabur kerana ia membuat mereka bertindak berlandaskan maklumat pertama yang mereka dapat lihat di pasaran.

Untuk mengelakkan anchoring bias dalam trading atau pelaburan, anda harus mempertimbangkan untuk menggunakan strategi-strategi berikut:

  • Ikuti perkembangan berita. Dengan mengikuti berita dari pasaran, ia boleh membantu anda mengelak anchoring kepada maklumat lapuk. Dengan FBS, anda boleh mengikuti berita trading terkini dengan lebih pantas berbanding tempat lain dan menavigasi perubahan berterusan pasaran kewangan dengan lebih baik.

  • Fokus pada hasil jangka panjang. Adalah mudah untuk ter-anchor pada harga semasa apabila anda hanya memikirkan tentang keuntungan jangka pendek. Walau bagaimanapun, apabila anda fokus pada keputusan jangka panjang, anda lebih cenderung untuk mengambil kira sebarang kemungkinan turun naik harga yang boleh berlaku di pasaran.

  • Bangunkan strategi. Strategi trading yang dibangunkan dengan baik boleh memberikan anda satu set peraturan dan garis panduan yang boleh membantu anda mengelakkan anchoring. Dengan sistem yang mantap, anda kurang cenderung untuk menjadi mangsa emosi anda sendiri dan lebih cenderung untuk kekal objektif semasa membuat keputusan.

  • Periksa pelbagai sumber. Dengar pendapat berbeza daripada pelbagai sumber kerana ia boleh membantu anda mengelakkan anchoring dan kekal tidak berat sebelah semasa membuka urusniaga baharu.

  • Kekal fokus. Kekal fokus dan jaga pemikiran anda untuk menghalang anda daripada anchoring atau menjadi mangsa cognitive bias yang lain. Anda boleh cuba bermeditasi untuk membebaskan minda anda daripada emosi dan mengurangkan tekanan.

Bagaimana cara menggunakan anchoring bias untuk memberi anda kelebihan

Berikut cara anchoring boleh membantu anda:

Jika anda menjual sesuatu atau merunding gaji anda untuk pekerjaan baharu, anda boleh meletakkan harga yang lebih tinggi pada mulanya. Ini akan mewujudkan anchor dalam fikiran orang lain, oleh itu tawaran anda seterusnya akan kedengaran murah di telinga mereka.

Ringkasan

Anchoring mampu menjadi suatu yang sangat destruktif dalam trading. Dengan mempelajari cara mengendalikan bias anda dan menggunakan sumber maklumat yang berbeza, ia boleh membantu anda menjadi trader yang lebih berjaya dan memahami pasaran dengan lebih baik.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.