FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

16 Jun 2025

Strategi

Menganalisis Pasaran Dengan Advance/Decline Line

Menganalisis Pasaran Dengan Advance/Decline Line

Indeks perdagangan merupakan peluang yang baik untuk mempelajari pasaran saham dengan lebih mendalam dan melihat pengaruh saham terhadap indeks. Artikel ini adalah tentang indikator yang dicipta khas untuk berdagang indeks - Advance/Decline Line.

Advance/Decline Line adalah indikator teknikal yang kurang popular jika dibandingkan dengan RSI, Stochastics dan MACD. Indikator lain ini adalah berdasarkan momentum - bertujuan untuk menentukan kekuatan atau kelemahan saham - tetapi indikator A/D Line menunjukkan bilangan pembeli dan penjual yang mengambil bahagian dalam rali atau kemerosotan dalam pasaran saham. Keadaan ini dipanggil kelebaran pasaran.

Walaupun artikel ini menekankan penggunaan penunjuk A/D dalam pasaran saham, anda boleh tambah indikator ini ke dalam aplikasi FBS atau MetaTrader dan gunakannya untuk semua jenis aset.

Apakah itu Advance/Decline Line?

Advance/Decline Line (ADL) ialah indikator teknikal yang memaparkan perbezaan antara bilangan saham yang naik dan turun dari hari ke hari. Indikator ini kebanyakannya digunakan untuk perdagangan saham dan indeks. Ia menunjukkan bahagian saham dalam pasaran naik atau turun.

Indeks yang paling popular ialah indeks berwajaran permodalan, juga dikenali sebagai wajaran nilai pasaran. Wajaran suatu saham tertentu ditentukan oleh jumlah permodalan pasarannya. Dalam jenis indeks sebegini, saham-saham dengan permodalan pasaran yang lebih besar mempunyai wajaran yang lebih tinggi, dan sebarang perubahan pada harga-harga sahamnya akan memberi kesan yang lebih besar terhadap prestasi indeks tersebut. Sebagai contoh, dalam S&P 500, saham Apple mempunyai wajaran yang paling besar.

Komposisi Indeks S&P 500

Disebabkan oleh sejumlah besar indeks berwajaran permodalan, seperti S&P 500, DJIA dan NASDAQ Composite, saham-saham dengan permodalan pasaran yang lebih tinggi akan mempengaruhi prestasi indeks secara tidak seimbang. Oleh itu, ADL menunjukkan bahagian saham indeks yang menyumbang kepada arah keseluruhan pasaran.

Sebagai contoh, jika indeks saham berwajaran permodalan meningkat sebanyak 3%, para trader mestilah mengetahui tentang dua perkara:

Pertama, mereka mestilah memahami sama ada kenaikan dalam indeks tersebut disebabkan oleh kenaikan dalam saham-saham majoriti.

Kedua, mereka perlu mengenal pasti sama ada kenaikan dalam indeks adalah disebabkan oleh prestasi luar biasa sesebuah syarikat dengan wajaran yang besar dalam indeks tersebut. A/D Line boleh menyediakan maklumat ini.

Formula untuk Advance/Decline Line

A/D Line sangat mudah dikira dan difahami. Ia mempunyai tiga komponen:

  • Saham meningkat – jumlah keseluruhan saham dalam sesuatu indeks pasaran yang harganya telah naik sepanjang hari dagangan sebelumnya.

  • Saham menurun – jumlah keseluruhan saham dalam sesuatu indeks pasaran yang harganya telah jatuh sepanjang hari dagangan sebelumnya.

  • Peningkatan bersih terdahulu – jumlah bersih saham yang naik dan saham yang turun sepanjang hari dagangan sebelumnya.

Formula untuk Advance/Decline Line

Indikator Advance/Decline Line dalam aplikasi FBS

Berikut merupakan cara menggunakan indikator dalam aplikasi FBS:

  1. Buka aplikasi FBS dan pilih instrumen perdagangan. Mulakan dengan memilih aset yang ingin anda analisis (contohnya emas, EURUSD, atau Bitcoin).

  2. Pergi ke paparan carta. Ketik pada aset untuk membuka carta yang terperinci.

  3. Ketik pada Indikator. Anda akan menemui pilihan ini di bawah carta di sebelah kiri.

  4. Cari indikator Advance/Decline. Taip atau tatal untuk mencari indikator AD dalam senarai.

  5. Ketik Gunakan. Setelah dipilih, AD line akan muncul terus pada carta anda, bersedia untuk membantu anda melihat trend berasaskan volum.

Belum ada akaun? Berikut merupakan panduan mudah untuk membuka akaun anda dengan FBS: Cara Mula Berdagang Dalam Talian dengan Aplikasi FBS

Advance/Decline Dalam MetaTrader

Indikator A/D Line tidak disertakan dalam senarai indikator standard; anda perlu memuat turunnya sendiri. Untuk berbuat demikian, sila ikuti langkah-langkah ini:

  1. Muat turun Advance/Decline Line untuk MT5 dalam format .mq5. Bagi MT4, anda perlukan .mq4.

  2. Buka MT4 atau MT5 dan pergi ke Fail - Buka Folder Data. Kemudian, pilih MQL4/5 - Pakar atau Indikator dan pindahkan fail indikator dalam format MQL4/EX4 atau MQL5/EX5 ke folder ini.

  3. Mulakan atau mulakan semula MetaTrader 4/5 anda.

  4. Pilih carta dan rangka masa yang anda inginkan untuk menguji indikator MT5 anda.

  5. Klik Sisip, kemudian Indikator dan anda akan menemui Advance/Decline Line pada bahagian Indikator Tersuai.

  6. Klik OK dan Advance/Decline Line akan tersedia pada carta anda.

Signal Advance/Decline Line

Terdapat dua signal utama yang diberikan oleh A/D Line. Mari kita lihat satu persatu.

Kekuatan trend

Trader boleh menggunakannya untuk mengesahkan kekuatan trend. Kami telah menyebut perkara ini sebelum ini, tetapi ia wajar diulangi:

Apabila A/D Line bergerak naik seiring dengan aksi harga, ini menandakan trend menaik yang sihat. Terdapat penyertaan yang luas oleh saham-saham dalam trend menaik, dan harga dijangka akan terus bergerak ke atas. Apabila garisan yang bergerak menurun seiring dengan aksi harga menurun, ini adalah petanda trend menurun yang sihat. Harga dijangka akan terus menurun.

Mari kita lihat contoh carta harga S&P 500 yang ditunjukkan dengan A/D Line yang digunakan untuk mengesahkan kemantapan trend harga semasa.

Carta harga S&P 500

Harga S&P 500 dan Advance/Decline Line bergerak dalam trend menaik yang sama. Kenaikan A/D Line mengesahkan pergerakan harga. Ini menunjukkan penyertaan luas saham-saham dalam trend menaik ini dan memberikan pengesahan trend harga.

Kemungkinan terjadinya penyongsangan

A/D Line boleh digunakan untuk mengesan kemungkinan poin pusingan. Pada saat bila mana penyongsangan berkemungkinan terjadi dalam suatu trend menaik semasa, aksi harga dijangkakan untuk membentuk puncak yang lebih tinggi (higher highs) dan A/D Line untuk membentuk lurah yang lebih rendah (lower lows). Ini dipanggil capahan bearish (bearish divergence) antara harga dan A/D Line.

Sebaliknya, kita boleh mengenal pasti kemungkinan penyongsangan dalam trend menurun semasa dengan mengkaji carta harga dan mencari swing rendah yang menurun secara beransur-ansur ketika A/D Line sedang membentuk lurah yang lebih tinggi (higher lows). Ini dipanggil capahan bullish (bullish divergence) antara harga dan A/D Line.

Berikut adalah contoh carta harga NASDAQ yang ditunjukkan dengan A/D Line yang digunakan untuk mengenal pasti capahan antara harga dan A/D Line.

Carta harga Nasdaq

Aksi harga Nasdaq membentuk dua swing rendah utama, dengan swing rendah kedua lebih rendah daripada swing rendah yang pertama. Pada masa yang sama, A/D Line membentuk satu pola dengan keadaan lurah yang kedua lebih tinggi daripada lurah yang pertama. Ini mewujudkan capahan bullish (bullish divergence) antara harga dan A/D Line.

Contoh Advance/Decline Line

Carta berikut menunjukkan A/D Line untuk Indeks S&P 500. Carta ini menunjukkan kadar menurun dengan ketara apabila pandemik Covid diumumkan pada tahun 2020, kerana bilangan saham yang jatuh dan volumnya meningkat dalam indeks S&P 500.

Tidak lama kemudian, indikator tersebut menaik apabila jumlah saham tersebut bertambah – volumnya – turut meningkat.

Contoh Advance/Decline Line

Halangan-halangan Advance/Decline Line

A/D Line tidak selalunya menunjukkan data yang tepat untuk saham-saham Nasdaq. Ini kerana Nasdaq sering menyenaraikan syarikat-syarikat kecil yang spekulatif, yang kebanyakannya berakhir dengan kegagalan atau dinyahsenaraikan. Apabila saham-sahamnya dinyahsenarai daripada bursa, ia kekal pada nilai A/D Line yang dikira sebelum ini. Ini memberi kesan kepada pengiraan akan datang yang ditambahkan pada nilai kumulatif sebelumnya. Disebabkan perkara ini, A/D Line kadangkala akan jatuh untuk jangka masa yang panjang, walaupun ketika harga indeks Nasdaq meningkat.

Seperkara yang perlu diketahui ialah sesetengah indeks diwajarkan berdasarkan permodalan pasaran. Semakin besar syarikat tersebut, semakin besar pengaruhnya terhadap pergerakan indeks. Garis A/D memberikan berat yang sama kepada semua saham, menjadikannya indikator yang lebih baik untuk saham bersaiz sederhana, modal kecil (small-cap), dan modal sederhana (mid-cap), berbanding saham modal besar (large-cap) atau mega-cap yang lebih sedikit bilangannya.

Ringkasan

Advance/Decline Line adalah indikator hebat yang boleh memberikan pandangan yang berharga tentang aksi harga dalam indeks pasaran utama. Signal perdagangan yang terandal (most reliable) boleh diberikan oleh A/D Line ialah signal capahan. Trader harus memberikan perhatian pada signal capahan bullish atau bearish antara aksi harga dan A/D Line. Kejadian-kejadian ini sering membawa kepada penyongsangan arah pasaran, yang sangat menguntungkan.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.