FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

11 Jun 2025

Psikologi

7 Cara Untuk Kuburkan Impian Anda

7 Cara Untuk Kuburkan Impian Anda

Orang sering bercakap tentang pentingnya untuk mempunyai impian dalam hidup ini.

Impian anda perlu berevolusi menjadi tindakan.

Forex boleh mengubah beberapa impian anda menjadi kenyataan, memberikan anda kebebasan, gaya hidup yang berubah, dan peluang untuk menjalani kehidupan yang anda inginkan.

Tetapi nampaknya sentiasa ada sahaja perkara yang menghalang kita mengubah rancangan kita menjadi tindakan. Semakin penting impian itu kepada kita, semakin besar ketakutan yang teraruh dalam diri kita – kata Barbara Sher dalam buku “Survival Guide for Dreamers” beliau. Di sini kami himpunkan 7 cara untuk kuburkan impian anda sebelum anda mula merealisasikannya – kenali musuh anda dengan lebih jelas, dan elakkan perangkap yang dibuat oleh diri anda sendiri!

Saya tidak mempunyai ijazah

Pada abad ke-21, pendidikan adalah penting, tetapi dalam kes Forex, kekurangan pendidikan formal bukanlah halangan. Kebanyakan trader profesional yang berjaya tidak mempunyai pendidikan kewangan. Sesetengah daripada mereka mendapat ijazah selepas mereka berjaya dalam Forex.

Jesse Livermore, trader yang mengilhamkan “Trader’s Bible,” tidak pernah mendapat ijazah dalam bidang kewangan. Malah, apabila Jesse berumur 14 tahun, bapanya menariknya keluar dari sekolah untuk membuat wang dengan bercucuk tanam, jadi setiap sen kekayaannya diperolehi berkat pendidikan kendiri.

Sudah terlambat untuk mengubah apa-apa

Sudah terlambat untuk mengubah apa-apa

Tidak kira berapa usia anda, 10 tahun lagi anda akan menyesal kerana tidak memulakan usaha anda pada hari ini. Forex bukanlah balet atau besbol, di mana usia merupakan faktor yang benar-benar penting untuk kejayaan anda.

Forex tidak membezakan antara kumpulan usia – selagi anda menginginkannya dengan penuh semangat dan sanggup berusaha keras, dunia trading boleh menjadi milik anda.

Ingeborga Mootz, "nenek sejuta dolar", mula trading selepas beliau berusia 75 tahun! Dalam tempoh 8 tahun pertama beliau trading, beliau telah memperoleh 500,000 EUR. Keindahan Forex ialah anda hanya perlu mencari gaya trading yang sesuai – seperti yang dilakukan oleh Frau Mootz: dia tidak menggunakan internet atau gajet, tetapi beliau mahir bekerja dengan kertas. Jadi, lain kali jika anda berfikir sudah terlalu lewat untuk menyertai pasaran, fikirkan semula!

Saya perlu mencapai kesempurnaan terlebih dahulu

Ini adalah perangkap yang paling lazim bagi orang yang suka bertangguh. Kebanyakan orang yang berfikir seperti ini akhirnya tidak pernah bermula lansung. Kesempurnaan takkan dapat dicapai – anda sentiasa boleh melakukan sesuatu dengan lebih baik, tetapi ia takkan sempurna... Selain itu, anda tidak boleh menjadi lebih baik tanpa latihan, dan latihan adalah mustahil tanpa ketidaksempurnaan.

Tidak perlu contoh: jika anda buka biografi mana-mana trader terkenal, anda akan lihat bahawa dalam kejayaan besar mereka terdapat kegagalan-kegagalan besar yang bukan kepalang. Ikon-ikon trading juga mengalami naik turun, dan tiada siapa yang akan mengatakan jalan mereka tidak berliku. Apa yang anda boleh lakukan ialah mengambil setiap halangan di sepanjang jalan anda sebagai satu pengajaran, bukan sebagai alasan untuk berhenti.

Saya tidak pasti itu yang saya inginkan

Saya tidak pasti itu yang saya inginkan

Walau apa pun, anda tak akan tahu sehinggalah anda mencubanya. Eksperimen mental tidak akan membantu anda memastikan apakah kehendak anda yang sebenar-benarnya. Anda boleh mempelajari Forex dari A hingga Z dan tidak pernah membuka sebarang urusniaga – tetapi itu tidak akan menjadikan anda seorang trader, dan lebih-lebih lagi, ia tidak akan membantu anda memutuskan sama ada anda boleh dan akan menjadi seorang trader, atau tidak.

Jujurlah: hanya ada segelintir sahaja orang yang benar-benar tahu apa yang mereka mahu lakukan. Richard Dennis, The Prince of the Pit, mempelajari falsafah dan cukup berjaya dalam bidang itu. Tetapi kemudian ternyata trading adalah minat sebenar beliau: beliau bermula sebagai seorang runner di lantai bursa, dan interaksi pertama dengan pasaran ini meninggalkan kesan yang mendalam. Jangan pernah takut untuk mencuba!

Ia terlalu susah

Jika Forex kelihatan terlalu rumit menurut anda, layanlah impian anda dengan minat dan hormat. Ia mungkin tampak mustahil kepada anda dalam persekitaran anda, tetapi tiada siapa yang benar-benar tahu apa yang mungkin dan apa yang tidak. Dan percayalah – Forex pasti tidak begitu sukar untuk dikuasai.

Sebagai kanak-kanak, Herbie Wertheim bukanlah yang budak paling pandai dalam bilik darjah: dia seorang yang disleksia, sering ponteng sekolah, dan akhirnya menyertai Tentera Laut. Tetapi ia tidak pernah menjadi penghalang untuk beliau. Daripada seorang budak yang "zero-expectation", dia berubah menjadi seorang bilionair, pemilik Brain Power Inc, dan seorang pelabur yang luar biasa. Baca lebih lanjut mengenai kisah beliau.

Ini tidak rasional

Satu tanggapan salah yang umum tentang Forex adalah ia seumpama perjudian, dan perjudian tidak rasional – nah, mujurlah Forex tidak ada kaitan dengan kasino. Hanya logik, nombor dan keupayaan membaca signal pasaran memainkan peranan dalam perdagangan Forex.

Black Swan di pasaran kelihatan seperti salah satu perkara yang paling tidak rasional: orang di luar pasaran melihatnya sebagai sejenis satu "practical joke". Perkara yang paling tidak dijangka berlaku, tiba-tiba berlaku? Tak mungkin! Tetapi ramai yang tidak tahu, bahawa sebenarnya pencipta teori Black Swan, Nassim Taleb, mendasarkan teorinya pada statistik, matematik dan analisis risiko. Nah, sekarang ia kedengaran rasional, bukan? Begitu juga dengan impian anda: anda hanya perlu mencari pendekatan yang betul dan abaikan bahagian di mana orang menghakimi anda kerananya.

Saya tidak mempunyai masa

Saya tidak mempunyai masa

Tiada masa untuk impian anda? Impiankah ia jika seteruk itu gamaknya? Forex mungkin memakan masa pada mulanya, tetapi apabila anda sudah merangka satu pelan atau perancangan untuk diri anda, anda akan nampak betapa mudahnya menguruskan masa untuk pendidikan kendiri, mengkaji pasaran, dan berurusniaga. Selain itu, setelah anda menguasai pasaran, anda akan ada lebih banyak masa lapang.

Kebanyakan trader lambat laun akan beralih kepada trading sepenuh masa. Sesetengah daripada mereka memilih untuk melabur sebagai sumber pendapatan pasif. Ini semua tentang pengurusan masa dan keutamaan – dan trader sangat faham akan hal itu.

Perkara yang terbaik tentang Forex ialah anda boleh menyesuaikan gaya trading anda dengan gaya hidup anda, dan ini akan menjadi pilihan yang terbaik untuk kedua-dua masa dan wang anda. Impian dikejar untuk dijadikan kenyataan. Kini, anda sudah tahu apa yang boleh menghalang anda daripada memulakan perjalanan ke arah impian Forex anda. Lain kali jika anda ingin menggunakan salah satu daripada alasan tersebut, katakan sahaja "tidak" dengan tegas kepada mana-mana perangkap tersebut dan teruskan dengan FBS!

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.